SHAH ALAM – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan sebanyak 9.48 peratus pengundi telah keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis sehingga pukul 9 pagi ini. Kesemua pusat mengundi bagi DUN Sungai Kandis telah mula dibuka sejak pukul 8 pagi tadi dan ditutup pada pukul 5.30 petang ini. PRK DUN Sungai Kandis menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Mohd. Zawawi, calon Barisan Nasional (BN), Datuk Lokman…










