PRK DUN Sungai Kandis: 417 pengundi baharu - Utusan Malaysia

PRK DUN Sungai Kandis: 417 pengundi baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG 4 Ogos – Seramai 417 pengundi baharu direkodkan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis pada hari ini sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan 51,217 pengundi.

Timbalan Pengerusinya, Tan Sri Othman Mahmood berkata, bagi pengundian di DUN Sungai Kandis, pihaknya menjangkakan peratusan keluar mengundi sebanyak 80 peratus.

“Pada PRK kali ini, sebanyak 19 pusat mengundi dengan 109 saluran dibuka bermula pukul 8 pagi sehingga 5.30 petang. Malah, kita juga telah melakukan beberapa penambahbaikan termasuk mewujudkan dua saluran untuk pengundi yang berumur 60 tahun ke atas.

“Selain itu, SPR juga membuka tiga petak di semua 109 saluran mengundi. Oleh demikian, tiga orang boleh mengundi pada satu-satu masa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas meninjau proses pengundian di Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hisamuddin di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Pegawai Pengurus Pilihan Raya yang juga Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Ahmad Zaharin Mohd Saad.

Sementara itu, menurut sumber SPR, sebanyak 17 peratus pengundi telah keluar mengundi sehingga pukul 10 pagi tadi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN