KUALA LUMPUR 7 Ogos – Ahli Parlimen Batu, P. Prabakaran menafikan dakwaan kononnya beliau dibayar pampasan sebanyak RM25 juta untuk melepaskan kerusi kawasannya bagi memberi laluan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding. Sambil menyifatkan dakwaan itu sebagai khabar angin, beliau menegaskan, tiada perbincangan lansung mengenai perkara itu. Beliau juga memaklumkan tidak mengetahui mengenai dakwaan itu yang dikongsikan oleh pengendali blog Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin menerusi laman Twitter sebagai memetik komen pembaca blognya. “Saya tidak sedar mengenai perkara itu, jadi saya tidak boleh komen. Mungkin beliau (Raja…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya