SHAH ALAM 30 Ogos – Taktik sindiket penjualan gas petroleum cecair (LPG) yang berselindung di sebalik kilang papan dalam kawasan kelapa sawit terbongkar apabila Pejabat Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (PPDNHEP) negeri berjaya menghidu kegiatan mereka yang mula beroperasi sejak sebulan lalu. Dalam serbuan kira-kira pukul 6 petang semalam, PPDNHEP negeri merampas 248 tong gas dianggarkan bernilai RM59,883 dan menahan dua pekerja merupakan pemandu lori warga tempatan berusia…










