KUALA LUMPUR – Kerajaan akan mengumumkan polisi baharu berkaitan Dasar Automotif Nasional sebelum hujung tahun ini selepas kajian dasar tersebut selesai dilaksanakan, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Ong Kian Ming. Menurut beliau, kajian dasar tersebut bertujuan memastikan industri tersebut kekal kompetitif dan memberi manfaat kepada rakyat. “Kita sedang kaji Dasar Automotif Nasional dan akan umumkan dasar yang baharu yang lebih kompetitif dengan menawarkan harga kereta yang lebih berpatutan serta meneliti semula yuran sebanyak RM10,000 yang perlu dibayar pengusaha kereta untuk setiap Lesen Import (AP) terbuka,” katanya pada sesi soal jawab lisan Persidangan Dewan Negara hari ini. Beliau menjawab soalan tambahan Senator, Datuk Chai Kim Sen…










