KUANTAN 14 Ogos – Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (Polisas) di sini mendapat pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi penyertaan paling ramai bagi program keusahawanan sosial membabitkan golongan muda dianjurkannya. Program ‘Young Socialpreneur’ dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) serta PKT Logistics Groups Sdn. Bhd itu berjaya menarik seramai 7,402 peserta. Pengarah Polisas, Norlida Ab. Razak berkata, penganjuran kali kedua itu menarik lebih ramai peserta…










