Polis tahan pasangan suami isteri pukau gadis - Utusan Malaysia

Polis tahan pasangan suami isteri pukau gadis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT – Sepasang suami isteri ditahan polis selepas dipercayai memukau seorang gadis dan melarikan seutas rantai emas milik mangsa dalam kejadian di Pejabat Pelancongan Kuala Besut di sini kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari, mangsa berusia 22 tahun itu didatangi pasangan suami isteri terbabit yang berpura-pura bertanya mengenai pakej pelancongan ke Pulau Perhentian sambil menjual produk kecantikan. 

Menurut Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd. Zamri Mohd. Rowi, suspek kemudiannya meminta nombor telefon mangsa sebelum mengajaknya ke sebuah surau berhampiran.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mangsa mengikut kedua-dua suspek itu ke surau berkenaan sebelum salah seorang daripada mereka menunjukkan kebolehan untuk terapung kira-kira sejengkal dari lantai.

“Tanpa disedari, mangsa telah menanggalkan rantai emas yang dipakai lalu menyerahkannya kepada suspek. Setelah pulang ke rumah di Kampung Teluk Bayu, barulah gadis itu menyedari kehilangan barang kemasnya dan membuat laporan polis,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Zamri berkata, pasangan suami isteri berusia 40 dan 32 tahun itu diberkas sepasukan anggota di Surau Warisan, Kuala Besut di sini.

Katanya, kedua-dua suspek kini ditahan reman untuk disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×