PULAU PINANG 26 Ogos – Polis menyerbu 15 buah premis yang menawarkan perjudian ekor haram di sekitar daerah Timur Laut di sini petang ini. Ketua Penolong Pengarah Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah, Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman, Datuk Rohaimi Md Isa berkata, dalam serbuan itu, pihaknya menahan 26 individu yang disyaki bekerja di premis-premis berkenaan serta dua pelanggan. Katanya, serbuan Ops Dadu itu yang turut disertai anggota Ibu…










