SIBU – Polis mengesahkan punca kematian seorang penjawat awam wanita yang ditemui mati dipercayai dibunuh adalah akibat pendarahan pada kepalanya susulan hentakan kuat menggunakan objek tumpul dalam satu kejadian di sebuah rumah sewa di Jalan Tiong Hua di sini Khamis lalu. Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit berkata, punca kematian wanita berusia 26 tahun berkenaan diketahui selepas pihaknya menerima laporan bedah siasat dari Unit Forensik Hospital Sibu…










