Polis Padang Besar rampas 34.3 kg daun ketum - Utusan Malaysia

Polis Padang Besar rampas 34.3 kg daun ketum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG BESAR – Polis Padang Besar telah merampas sebanyak 34.3 kilogram (kg) daun ketum untuk diproses menjadi air minuman cakoroi (campuran air ketum, ubat batuk dan minuman berkarbonat) diseludup ke Thailand.

Ketua Polis Padang Besar, Pemangku Superintendan Muhamad Halim Yatim berkata, rampasan itu melibatkan pelbagai kes bermula awal tahun ini hingga bulan Julai lalu.

“Rampasan itu turut melibatkan kerjasama polis, Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Aksem).

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selain itu, seramai 104 orang telah ditahan untuk siasatan lanjut, sebanyak 830 liter cecair ketum, sembilan buah motosikal, 13 buah kereta, dua kenderaan pacuan empat roda dan dua kenderaan pelbagai guna (MPV) telah dirampas.

“Nilai keseluruhan daun dan cecair daun ketum serta kenderaan yang dirampas ialah RM2,105.860 juta,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar khas di Ibu Pejabat Polis Daerah Padang Besar di sini hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Muhamad Halim berkata, harga daun ketum bagi pasaran tempatan kira-kira RM30 satu kg sementara bagi pasaran Thailand meningkat sekali ganda iaitu RM60 hingga RM80 sekilogram.

“Permintaan air cakoroi amat tinggi terutama di Perlis selain daun ketum yang mempunyai nilai pasaran yang tinggi menyebabkan ada individu yang bertindak menanam serta memprosesnya untuk dijual,” katanya.

Harga air cakoroi bagi 200 mililiter (mm) kira-kira RM5. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×