SEREMBAN – Polis sedang memburu dua penunggang motosikal yang dipercayai terbabit dalam perlumbaan haram sehingga menyebabkan kematian di Jalan Salor Baru, Kota Bharu, Kelantan, kelmarin. Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguat Kuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Sharul Othman Mansor berkata, dua penunggang itu dipercayai terbabit dalam pertaruhan sehingga menyebabkan kematian seorang lagi penunggang motosikal, Norazrin Azizan Abdul Aziz, 26, dan mendatangkan kecederaan terhadap pejalan kaki Mohd. Azhan Baharudin, 25, ketika…