PKR pertahan kerusi DUN Sungai Kandis - Utusan Malaysia

PKR pertahan kerusi DUN Sungai Kandis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 4 Ogos – Calon PKR, Mohd. Zawawi Ahmad Mughni mempertahankan kerusi Dewan Undangam Negeri (DUN) Sungai Kandis dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) hari ini selepas memperolehi 15,427 undi.

Kemenangan Mohd. Mughni itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus PRK N49 Sungai Dandis kira-kira pukul 9.25 malam.

Bagaimanapun Mohd. Zawawi hanya memperolehi majoriti 5,842 undi, jauh berbeza dengan majoriti yang diperolehi penyandang kerusi berkenaan, Mat Shuhaimi Shafiei dalam Pilihan Raya Umum ke-14 lalu iaitu 12,480 undi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sementara itu, calon Barisan Nasional (BN), Datuk Lokman Noor Adam memperoleh 9,585 undi manakala calon Bebas, K.Murthy mendapat 97 undi. – UTUSAN ONLINE

Kemaskini 8.45pm

Tidak rasmi : 49.8 peratus keluar mengundi dalam PRK DUN N.49 Sungai Kandis – SPR

SHAH ALAM 4 Ogos – Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Othman Mahmood memaklumkan peratusan pengundi yang keluar mengundi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N.49 Sungai Kandis setakat ini ialah 49.8 peratus.

Menurutnya, peratusan itu merupakan angka tidak rasmi setakat ini. 

“Bagaimanapun, kadar peratusan keluar mengundi itu bukan yang paling rendah dalam sejarah pilihan raya. Ini kerana, dalam PRK DUN N.12 Penanti, Pematang Pauh pada 2009, peratusan keluar mengundi adalah paling rendah iaitu 46 peratus. 

“Kita tidak menolak kemungkinan banyak faktor penurunan peratusan pengundi. Mungkin disebabkan Pilihan Raya Umum Ke-14 baru sahaja selesai,” katanya di Pusat Penjumlahan Undi PRK DUN N.49 Sungai Kandis, di sini hari ini. 

Tambah Othman, walaupun SPR telah sediakan kemudahan dan war-warkan supaya para pengundi turun awal, tetapi peratusan masih kurang.

Secara keseluruhannya, seramai 51,230 pengundi berdaftar dalam PRK DUN Sungai Kandis. 

PRU-14 pada 9 Mei lalu, peratusan pengundi di kerusi DUN itu mencatatkan 85.57 peratus. – UTUSAN ONLINE

 

Kemaskini 8.00pm

Calon PKR mendahului, majoriti 131 undi setakat 7.50 malam

SHAH ALAM 4 Ogos – Proses penjumlahan undi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) menyaksikan calon PKR, Mohd. Zawawi Ahmad Mughni memperoleh 993 undi.

Sementara itu, calon Barisan Nasional (BN), Datuk Lokman Noor Adam memperoleh 862 undi manakala calon Bebas, K.Murthy mendapat 4 undi. 

Setakat pukul 7.50 malam ini, sebanyak 10 daripada 110 peti undi telah dikira. – UTUSAN ONLINE

Kemaskini 6.40pm

PRK Sungai Kandis
Peti undi pertama dibawa masuk petugas SPR ke dalam Pusat Penjumlahan Rasmi Undi, sebentar tadi. – UTUSAN ONLINE

Petugas SPR mula penuhi pusat penjumlahan undi

SHAH ALAM 4 Ogos – Suasana di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis mula dipenuhi petugas daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan agensi media.

Setakat pukul 6.45 petang ini, kelihatan satu peti undi pertama telah dibawa masuk di dalam Dewan Besar Tanjung, di sini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×