BARCELONA – Pemain pertahanan Barcelona, Gerard Pique mengesahkan dia bersara daripada karier antarabangsa selepas membuat penampilan sebanyak 102 kali bersama Sepanyol. Pique membuat pengumuman tersebut menjelang aksi Supercopa de Espana bertemu Sevilla dan dia sudah memaklumkan perkara itu kepada jurulatih baharu La Roja, Luis Enrique. “Saya telah bercakap dengan Enrique dan memaklumkan kepadanya bahawa itu adalah keputusan muktamad saya. “Saya menikmati masa terbaik bersama pasukan Sepanyol dan saya sangat gembira kerana menjadi sebahagian daripada kejayaan skuad kebangsaan,” ujarnya. Penampilan terakhir Pique bersama Sepanyol adalah ketika bersaing pada Piala Dunia 2018…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya