PULAU PINANG 27 Ogos – Seorang mak nyah berusia 30-an merupakan antara tujuh individu yang ditahan berhubung rampasan pil kuda bernilai RM8.55 juta di Seberang Perai Tengah (SPT) dan Butterworth, di sini baru-baru ini. Ketua Polis negeri, Datuk Seri A. Thaiveegan berkata, tangkapan pertama membabitkan lima lelaki bersama 1,600 biji pil kuda jenis WY bernilai RM32,000 selepas polis menahan sebuah kereta di Jalan Bagan Luar kira-kira pukul 4.30 pagi 19…










