KUANTAN 4 Ogos – Pahang gagal memanfaatkan peluang beraksi di laman sendiri apabila sekadar seri 1-1 dalam perlawanan peringkat kumpulan D Piala Malaysia bertemu Sabah di Stadium Darul Makmur, di sini malam ini.
Anak buah Dollah Salleh terlebih dahulu menamatkan kebuntuan jaringan kedua-dua pasukan pada separuh masa pertama menerusi jaringan Austin Amutu pada minit ke-46.
Tidak mahu menunggu lama, Sabah berjaya menyamakan kedudukan ketika perlawanan separuh masa kedua tidak sampai seminit bermula menerusi jaringan Hector Ramos.
Sepanjang 45 minit separuh masa kedua, kedua-dua pasukan memiliki beberapa peluang keemasan menjaringkan gol namun gagal disempurnakan barisan serangan masing-masing. – UTUSAN ONLINE










