PH mungkir janji manifesto - Utusan Malaysia

PH mungkir janji manifesto

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pelantikan Ahli Lembaga Pengarah Khazanah Nasional Bhd. (Khazanah) yang baharu dilihat bertentangan dengan janji-janji dalam manifesto Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Shahril Hamdan mendakwa, aku janji PH semasa PRU-14 menetapkan mana-mana lantikan ahli lembaga pengarah syarikat milik kerajaan (GLC) perlu terdiri dalam kalangan profesional dan bukan berdasarkan kaitan politik.

Beliau berkata, keputusan kerajaan PH juga tidak mencerminkan konsep Malaysia Baharu yang lebih telus dan adil kerana individu yang tidak sehaluan dengan kerajaan seolah-olah diketepikan walaupun mempu­nyai rekod yang cemerlang.

“Jika sebelum ini Pengerusi Permodalan Nasional Bhd., Datuk Seri Abdul Wahid Omar menjadi ‘korban politik’ kerajaan, sekarang Tan Sri Azman Mokhtar (bekas Pengarah Urusan Khazanah) pula yang menjadi mangsa.

“Yang paling merisaukan adalah ketidaktentuan hala tuju Khazanah selepas ini. Jika hala tuju selama ini yang telah memberi pulangan baik tidak diminati oleh pentadbiran kerajaan sekarang, apakah hala tuju baharu Khazanah?” katanya dalam satu kenyataan dalam laman Facebook semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN