KLANG 3 Ogos – Pakatan Harapan (PH) akan mula menggunakan logo dan bendera sendiri pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Balakong 18 Ogos ini.
![]() |
|
XAVIER
|
Naib Presiden PKR, Dr. Xavier Jayakumar berkata, PH telah mendapat kebenaran Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) untuk menggunakan logo sendiri.
“PRK Sungai Kandis adalah PRK terakhir yang akan menggunakan logo dan bendera PKR. Pilihan raya selepas ini bermula di Balakong, PH akan mula menggunakan logo PH.
“Sebab itu saya minta pengundi di sini memberi penghormatan terakhir kepada logo PKR ini dengan memberi kemenangan besar kepada PH,” katanya dalam ucapan sempena ceramah Grand Finale PRK Sungai Kandis di Taman Sri Andalas, di sini malam ini. – UTUSAN ONLINE











