PULAU PINANG 3 Ogos – Public Gold Marketing Sdn. Bhd. (Public Gold) menyasarkan perolehan sebanyak RM5 juta menjelang hujung tahun ini daripada portal beli-belah PG Mall yang dioperasikan syarikat tersebut. Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Louis Ng berkata, nilai itu merupakan peningkatan kira-kira 10 kali ganda berbanding hanya RM500,000 daripada portal tersebut yang dicapai tahun lalu iaitu pada tahun pertama beroperasi. Menurut Ng, pihaknya yakin sasaran itu boleh dicapai berdasarkan minat yang…









