DURANGO, Mexico – Sebuah pesawat Aeromexico AM2431 terhempas sejurus berlepas dari Lapangan Terbang Guadalupe Victoria di Durango, Mexico ketika dalam perjalanan menuju ke Mexico City sebentar tadi. Gabenor Durango, José Aispuro berkata, tiada kematian dilaporkan namun 85 orang daripada 97 penumpang serta empat kru penerbangan cedera dan dua daripada mereka parah. Setakat ini, nama dan warganegara setiap penumpang masih belum diketahui. Pengendali lapangan terbang, Grupo Aeroportuario Centro Norte berkata, siasatan awal pihaknya menunjukkan punca nahas disebabkan cuaca buruk. – Agensi
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya