KUALA LUMPUR 14 Ogos – Seorang pesara polis maut manakala isterinya parah selepas terlibat dalam kemalangan di kilometer 16, Jalan Batang Kali – Ulu Yam, Hulu Selangor dekat sini pagi tadi. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Lim Bak Phai berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 9.40 pagi itu, mangsa, Mohd. Soueid A. Ghafar, 60, meninggal dunia di tempat kejadian manakala isterinya, Siti Zarina Osman, 51, patah di bahagian tulang rusuk.…









