KUANTAN 22 Ogos – Panik selepas menerima panggilan dari ‘Mahkamah Tinggi Alor Setar, Kedah’, seorang pesara kerugian RM30,000 akibat terpedaya dengan helah sindiket Macau Scam dalam kejadian di Bentong dekat sini, petang semalam. MOHD. WAZIR MOHD. YUSOF Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintenden Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, wanita berusia 60 tahun itu mendakwa menerima panggilan tersebut pada 4.30 petang semalam dengan memaklumkan namanya digunakan untuk membuka sebuah syarikat…