KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memperuntukkan RM1.5 juta bagi menaik taraf dan memberi imej baharu di lorong-lorong kecil di sekitar pusat tarikan pelancong Bukit Bintang di sini. Pengarah Eksekutif Pengurusan Projek, Datuk Mohd. Najib Mohd. berkata, projek pengindahan melibatkan tujuh lorong dan satu ruang awam itu bermula sejak November lepas dan dijangka siap sepenuhnya Disember ini. Beliau berkata, lokasi tapak yang terlibat ialah laluan pejalan kaki utama…










