KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menjelaskan prosedur pertukaran guru masih menggunakan prosedur operasi standard (SOP) sedia ada dan tidak pernah dibekukan. Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berkata, pihaknya menerima 5,573 permohonan pertukaran guru dari Sabah dan Sarawak ke Semenanjung sementara 873 permohonan dari Semenanjung ke negeri tersebut setakat ini. “Kami masih menggunakan SOP sedia ada iaitu berdasarkan beberapa kriteria seperti kepentingan perkhidmatan, kekosongan jawatan di negeri yang dimohon…










