KUALA LUMPUR – Pengeluar kereta nasional, Perodua, akan membayar balik 3,100 pelanggan Myvi yang terlepas peluang mendaftar kereta mereka sebelum 1 September disebabkan penangguhan sementara pengeluaran ekoran gangguan bekalan vendor. Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn. Bhd., Datuk Dr. Zahari Husin berkata, kakitangan syarikat itu akan menghubungi para pelanggan yang telah menempah kereta Myvi yang sepatutnya didaftarkan sebelum 1 September untuk memanfaatkan harga tanpa Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST). “Kami ingin…










