KOTA BHARU 19 Ogos – Peranan Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu (IPGKKB) harus diperkasa sebagai pusat Bahasa Melayu dan pendidikan Islam serantau dan bukannya ditutup. Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) negeri, Datuk Kamarudin Md Nor berkata, rancangan untuk menukar fungsi institusi itu kepada sebuah kolej vokasional sememangnya perlu difikirkan semula memandangkan keputusan itu mungkin berasaskan fakta yang tidak tepat oleh kerajaan terdahulu. Malah, katanya, kewujudan IPGKKB sebagai satu-satunya…










