Perak mula rundingan jual air kepada Selangor, Pulau Pinang - Utusan Malaysia

Perak mula rundingan jual air kepada Selangor, Pulau Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH – Kerajaan negeri Perak sudah memulakan perbincangan tidak rasmi dengan Selangor dan Pulau Pinang berhubung cadangan menjual air kepada kedua-dua negeri jiran itu.

Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu berkata, jika rundingan itu berjaya, Perak berhasrat menjual air terawat dan bukannya air mentah kepada kedua-dua negeri berkenaan.

“Kerajaan negeri kini mencari tapak sesuai bagi membina loji rawatan air, selepas itu kita akan rawat air tersebut dan seterusnya jual kepada Selangor dan Pulau Pinang.

“Jika rundingan ini berjaya, ia amat membantu Perak,” katanya dalam satu temubual khas bersama Bernama di kediamannya di sini.

Ditanya mengenai harga jualan bakal ditawarkan, Ahmad Faizal berkata, Lembaga Air Perak (LAP) dan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) sedang membuat kajian berhubung perkara itu.

Menjelas lanjut, Ahmad Faizal berkata, beliau juga sudah memaklumkan hasrat kerajaan negeri itu kepada Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr. A. Xavier Jayakumar dalam satu pertemuan di Parlimen baru-baru ini.

“Beliau (Dr. Xavier) menyatakan pihaknya sedia menjadi fasilitator kepada rundingan itu,” katanya. – Bernama 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN