MIRI – Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah treler di Jalan Lutong-Miri di sini hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 11.15 pagi itu, mangsa, Ismail Razali, 30, disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan kecemasan di Hospital Miri. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintendan Alexson Naga Chabu berkata, sebelum kejadian mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda Wave dikatakan dalam perjalanan menuju ke pusat bandar raya ini…










