Penjawat awam wanita ditemui mati dipercayai dibunuh - Utusan Malaysia

Penjawat awam wanita ditemui mati dipercayai dibunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SIBU – Seorang wanita ditemui mati dipercayai dibunuh dengan keadaan tangan dan kakinya diikat di tepi katil di dalam rumah sewanya di Jalan Tiong Hua, di sini hari ini.

Mayat mangsa, Nurnia Azalea Priscilla Edward, 26, ditemui oleh rakan sekerjanya yang pergi ke rumah berkenaan pada pukul 3 petang.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit berkata, panik melihat keadaan mangsa yang sudah tidak bernyawa, rakan wanita berkenaan kemudian menghubungi pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, sepasukan anggota polis kemudian diarahkan ke lokasi kejadian untuk melakukan siasatan lanjut.

“Berdasarkan maklumat rakannya, mangsa merupakan seorang penjawat awam dan bekerja di di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Sibu.

“Namun, mangsa dikatakan gagal dihubungi dan tidak turun bekerja sejak pagi tadi sebelum dia ditemui mati,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Stanley menambah, mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sibu untuk dibedah siasat.

Katanya, pasukan polis masih menyiasat dan mengesan suspek yang terlibat dalam kes berkenaan.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” ujarnya. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×