KUANTAN 4 Ogos – Seorang peniaga maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas dan bertembung dengan sebuah kereta jenis Perodua Myvi di Kilometer 121 Jalan Kuantan-Johor Bahru, dekat Rompin hari ini. Dalam kejadian pukul 10.40 pagi itu, Solihin Mohamad, 18, berasal dari Kampung Pandan Nenasi, Pekan maut di tempat kejadian dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Rompin untuk bedah siasat. Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintenden Azly Mohd. Noor berkata, ketika kejadian…










