SHAH ALAM – Parti Keadilan Rakyat (PKR) terus mengukuhkan kedudukan di Selangor selepas memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis walaupun peratusan keluar mengundi merekodkan antara yang terendah dalam sejarah Pilihan Raya Kecil (PRK) di Malaysia.
Calon PKR, Mohd. Zawawi Ahmad Mughni, 48, berjaya menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Lokman Noor Adam dan calon bebas, K. Murthy dengan majoriti 5,842 undi.
Mohd. Zawawi yang juga Pengetua Maahad Tahfiz Al Fateh mendapat 15,427 undi sementara calon Barisan Nasional (BN), Datuk Lokman Noor Adam memperoleh 9,585 undi dan calon bebas (97 undi).
Keputusan tersebut diumumkan Pengurus Bahagian Pilihan Raya DUN Sungai Kandis, Datuk Ahmad Zaharin Mohd. Saad di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Dewan Besar Tanjong, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Seksyen 19 di sini malam tadi.










