PARIS 31 Julai – Penguasaan pasukan basikal profesional Pro Tour iaitu Sky yang menjuarai Tour de France buat kali keenam dalam tempoh tujuh tahun dianggap tidak bagus untuk perlumbaan jelajah basikal paling berprestij di dunia itu. Sukan berbasikal kini kian terdesak kerana ketandusan persaingan sihat selain menjadikan ia hilang seri kerana sudah boleh menjangkakan lebih awal pasukan mana yang akan menjadi pemenangnya. Hanya pada 2014 menyaksikan Vincenzo Nibali dan pasukannya,…










