NYON, Switzerland – Penggantungan berhubung kes doping bekas pemain tengah Perancis Samir Nasri dinaikkan dari enam kepada 18 bulan setelah laporan penuh oleh UEFA berhubung etika pemeriksaan disiplin lengkap.
Pemain tersebut sebelum ini digantung enam bulan pada Februari lalu selepas siasatan ke atas rawatan titisan intravena yang diterima pada tahun 2016.
Klinik Los Angeles, Drip Doctors, menyiarkan gambar Nasri di akaun Facebook dan Twitternya pada Disember 2016, dengan mengatakan mereka memberikan pemain itu titisan tersebut bagi membantunya kekal hidrat, termasuk berada di tahap terbaik ketika musim bola sepaknya yang sibuk.
Klinik tersebut menjelaskan infusi itu adalah untuk meningkatkan sistem imunisasi.
UEFA semalam berkata penggantungan 18 bulan Nasri, yang kini tidak bernaung pada mana-mana kelab, akan bermula pada Julai 2017.
Sewaktu menerima rawatan terbabit, dia dipinjamkan ke kelab Sepanyol Sevilla dari Manchester City.
Pemain berusia 31 tahun itu, yang pernah bersama Arsenal, dilaporkan telah menamatkan kontrak bersama kelab Turki, Antalyaspor.- AGENSI










