KUALA LUMPUR 8 Ogos – Menteri Belia dan Sukan, Syed Sadiq Syed Abdul Rahman akan cuba memuktamadkan pengganti pemegang jawatan lantikan politik dalam agensi kementeriannya selepas Sukan Asia Jakarta-Palembang yang bermula 18 Ogos ini. Katanya, agensi seperti Majlis Sukan Negara (MSN), Institut Sukan Negara (ISN) dan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) telah diminta mencadangkan calon-calon pengganti untuk jawatan berkenaan. “Yang penting tiada lagi lantikan politik. Kita tidak mahu yang gantikan mereka…










