Pengendali makanan MRSM Taiping berdepan tindakan undang-undang - Utusan Malaysia

Pengendali makanan MRSM Taiping berdepan tindakan undang-undang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH – Tindakan undang-undang akan diambil terhadap pengendali makanan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Taiping berhubung kes keracunan yang berlaku di sekolah berkenaan baru-baru ini.

Timbalan Menteri Kesihatan, Dr. Lee Boon Chye berkata, tindakan itu susulan pengendali berkenaan tidak mengikut prosedur ditetapkan seperti penjagaan dan kualiti kebersihan makanan, mengambil suntikan vaksin selain tidak memiliki sijil kursus pengendalian makanan.

“Disebabkan kes keracunan ini sudah berulang kali berlaku, kita akan mengambil tindakan tegas terhadap pengendali makanan tersebut.

“Jabatan Kesihatan negeri akan melakukan saringan kesihatan terhadap pengendali makanan bagi mengenal pasti beberapa punca yang menyebabkan berlakunya keracunan makanan ke atas pelajar sekolah itu,” katanya.

Boon Chye yang juga Ahli Parlimen Gopeng memberitahu kepada pemberita selepas menerima sumbangan sebanyak RM8,000 daripada Perak Government Manufacturing Association untuk Tabung Harapan Malaysia. – Bernama    

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN