KUALA LUMPUR – Pengeluaran Myvi baharu yang juga model paling laris Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) terpaksa dihentikan untuk sementara waktu berikutan gangguan bekalan di salah satu vendornya. Langkah itu menyebabkan kira-kira 3,000 pelanggan gagal mendaftar kenderaan masing-masing sebelum akhir bulan ini. Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn. Bhd., Datuk Dr. Zahari Husin berkata, pihaknya bertanggungjawab sepenuhnya di atas perkara itu dan sedang mengambil langkah bagi memastikan pengeluaran dapat disambung…










