SEREMBAN – Seorang pengasuh ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes seorang bayi lelaki berusia empat bulan, Muhammad Ummar Zayyan Mohammad Haikal Hafiz yang tidak sedarkan diri ketika dalam jagaannya, Isnin lalu. Perintah tahanan reman terhadap wanita berusia 23 tahun itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Khas Reman Seremban, Haryatie Mohd. Saini selepas permohonan dibuat polis, pagi ini. Reman bertujuan membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak…










