MELAKA – Pengasas Kuih Keria Antarabangsa Haji Jalil, Jalil Tompang meninggal dunia hari ini akibat komplikasi selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya pada bulan lalu. Jalil, 72, menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira pukul 2.10 pagi di sisi anak-anaknya di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Melaka di sini. Menurut anak kelimanya, Sudirman Jalil, 38, arwah dimasukkan ke hospital berkenaan selepas terlibat dalam kemalangan motosikal ketika pulang menziarahi kubur isterinya, Rahmah Dollah di…










