JAKARTA – Penduduk di Pulau Lombok dilaporkan bermalam di luar rumah, memenuhi kawasan lapang dan padang, berikutan masih berlakunya gempa susulan selepas gempa bermagnitud 7 Skala Richter menggoncang pulau itu malam tadi. Dalam kejadian pada 9.56 malam itu, Lombok sekali lagi digegarkan gempa 7 Skala Richter, yang berpusat di kedalaman 10km, di 32km Timur Laut Lombok Timur. Menurut data Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG), lebih 20 gempa susulan berterusan berlaku sejak semalam hingga setakat 6 pagi ini. Kota Mataram, Lombok dan Nusa Tenggara Barat pula dilaporkan gelap-gelita berikutan terputusnya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya