JAKARTA, Indonesia – Tiada istilah untuk menyerah kalah daripada saingan Sukan Asia 2018 apabila skuad silat negara akan terus berjuang hingga titisan darah terakhir untuk memburu pingat emas di Padepokan Pecak Silat TMII hari ini. Itulah semangat yang dilontarkan pengurus besar Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka), Datuk Osman Nok apabila percaya pingat emas negara mampu dituai meskipun sandaran utama, Al-Jufferi Jamari terlepas peluang itu kelmarin. Kini sandaran terarah kepada dua…










