Persatuan Gas Malaysia (MGA) dengan kerjasama Petrosains dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menganjurkan acara tahunan Program Kecekapan Tenaga (EEP) bagi tahun kelima berturut-turut untuk memupuk penghargaan terhadap kecekapan dan penjimatan tenaga dalam kalangan generasi muda. EEP tahun ini melibatkan 240 pelajar daripada enam buah sekolah menengah yang menghadiri program itu selama dua hari di Petrosains Discovery Centre, Menara Berkembar Petronas (KLCC), Kuala Lumpur. Pelajar diajar menggunakan mikro-bit, alat pendidikan…










