JAKARTA 15 Ogos – Persembahan positif skuad ragbi tujuh sepasukan (7s) negara dalam Kejohanan Undangan Asia di Sapporo, Jepun baru-baru ini bakal menjadi tonik terbaik untuk menyemarakkan keyakinan skuad bimbingan Saizul Hafifi Md. Noor bagi menghadapi Sukan Asia 2018. Skuad ragbi negara berjaya ke perlawanan akhir dalam kejohanan di Sapporo pada 5 Ogos lalu dan pencapaian itu seharusnya memperkuatkan tahap keyakinan semua pemain sebelum mereka bersaing dalam Sukan Asia pada…










