JAKARTA – Harapan India untuk menuai pingat emas Sukan Asia 2018 Jakarta-Palembang menerusi acara tenis berkecai apabila pemegang lima pingat emas, Leander Paes menarik diri pada saat akhir kelmarin. Pemain veteran berusia 45 tahun itu nekad membuat keputusan drastik tersebut dua hari sebelum temasya membuka tirai setelah permintaannya untuk digandingkan dengan pemain handalan ditolak. Pemegang 18 gelaran Grand Slam acara beregu lelaki dan campuran tersebut juga ternyata tidak berpuas hati apabila terpaksa bergandingan dengan pemain No. 300 dunia, Sumit Nagal. “Walaupun saya telah buat permintaan itu berkali-kali, saya tetap kecewa…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya