PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengakui terdapat dalam kalangan pemimpin Pakatan Harapan (PH) masih memiliki sifat-sifat pembangkang walaupun mereka telah berjaya membentuk kerajaan sejak Mei lalu. Menurut beliau, perkara itu berlaku kerana kebanyakan pemimpin berkenaan telah menjadi pembangkang sejak 61 tahun lalu kerana gagal mengalahkan Barisan Nasional (BN). “Perubahan kerajaan hanya berlaku selepas 61 tahun. Jadi pemimpin kerajaan bersifat pembangkang ini masih muncul dan pengaruhi pemikiran mereka…










