KUALA LUMPUR 12 Ogos – Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd. (ETCM) menggesa pemilik kenderaan Nissan yang terlibat dengan isu inflator beg udara Takata untuk segera membuat temu janji bagi menjalankan proses penggantian komponen berkenaan. Menurut ETCM, semua kos buruh dan penggantian alat ganti untuk perkhidmatan tersebut adalah percuma. “ETCM ingin menyatakan sekali lagi bahawa keyakinan dan ketenangan minda pelanggan menjadi aspek keutamaan jenama ini. “Kami komited menjadikan aspek keselamatan, servis dan kepuasan pelanggan berada pada tahap paling tinggi dengan berusaha untuk menangani masalah ini dengan pantas,” jelasnya dalam kenyataan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya