SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari menyifatkan pemergian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia, Prof. Dr. Shaharudin Baharuddin sebagai satu kehilangan besar buat rakyat dan kerajaan negeri. Menurut Amirudin, Shaharudin merupakan seorang ahli akademik yang terkemuka dan telah banyak berjasa kepada bidang pendidikan. Katanya, Allahyarham telah menabur bakti selama 30 tahun sebagai pendidik di Universiti Teknologi MARA dan juga merupakan Mantan Timbalan Naib Canselor Universiti Selangor (UNISEL). …










