HULU TERENGGANU – Perbuatan seorang lelaki sering berburu haram di Tasik Kenyir dekat sini terbongkar dengan penemuan senapang buatan sendiri miliknya oleh polis di Kampung Dusun, Kuala Berang di sini baru-baru ini. Senapang buatan sendiri yang dipercayai dihadiahkan oleh rakan suspek seorang lelaki warga Thailand tersebut dijumpai sepasukan polis yang memeriksa kereta Perodua Kancil milik suspek pada pukul 6 petang, Isnin lalu. Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd.…










