Pembantu kedai diperkosa sebelum disamun - Utusan Malaysia

Pembantu kedai diperkosa sebelum disamun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU – Seorang pembantu kedai menjadi mangsa kerakusan seorang penjenayah yang merogolnya dalam kejadian samun di sebuah butik pakaian wanita di sini kelmarin.

Slug : Polis Sidang Media Terengganu : Kuala Terengganu 30 Oktober
 

Dalam kejadian pada pukul 9.50 malam itu, mangsa berusia 23 tahun yang berada bersendirian di premis berkenaan ketika kejadian telah didatangi suspek yang menya­mar sebagai pelanggan.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Idris Abd. Rafar (gambar) berkata, suspek yang berusia 30-an cuba berbual mesra dengan pembantu kedai wanita tersebut dengan bertanyakan nombor telefon bimbitnya sebelum tiba-tiba mengancam mang­sa dengan mengacukan pisau.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Suspek kemudiannya bertindak memperkosa mangsa sebelum me­larikan sejumlah wang yang merupakan hasil jualan butik pakaian wanita tersebut.

“Mangsa kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Kuala Terengganu dan satu pasukan khas yang dibentuk kemudiannya telah mengenal pasti wajah suspek berdasarkan rakaman te­levisyen litar tertutup yang dipasang di premis berkenaan,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

 

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×