KUALA LUMPUR – Pemandu bas RapidKL yang terlibat dalam kejadian rempuhan sekurang-kurangnya lima buah kereta di Jalan Ampang di sini, malam tadi didapati positif dadah. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, siasatan awal yang dilakukan mendapati lelaki berusia 32 tahun tersebut positif dadah jenis syabu. “Kes masih dalam siasatan dan pemeriksaan yang dilakukan ke atas lelaki berkenaan mendapati dia memandu ketika berada di bawah pengaruh dadah,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran Operasi Khas Rondaan Cegah Jenayah-Pelatih Pusat Latihan Polis (Pulapol) dan Perasmian Pondok Bit Polis…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya