Pemandu lori jumpa bayi yang masih bertali pusat di perhentian bas - Utusan Malaysia

Pemandu lori jumpa bayi yang masih bertali pusat di perhentian bas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat ditemui ditinggalkan di sebuah perhentian bas berhadapan Klinik Kesihatan Seksyen 7 di sini tengah malam tadi. 

Dalam kejadian pukul 12.45 tengah malam itu, bayi malang tersebut ditemui dalam keadaan berbalut dengan kain berwarna merah jambu dengan kesan darah di bahagian pusatnya.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata,  bayi tersebut ditemui oleh seorang pemandu lori yang dalam perjalanan menuju ke stor syarikat kateringnya. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, ketika dalam perjalanan pemandu lori berkenaan telah melihat suatu objek sebelum memberhentikan kenderaannya. 

“Sebaik turun, pemandu lori itu telah mendengar suara bayi menangis dan membawa bayi yang masih bertali pusat dan mengalami pendarahan sedikit di tali pusat ke pondok polis Hospital Shah Alam.

“Kita percaya bayi perempuan itu ditinggalkan di perhentian bas berkenaan sebaik dilahirkan,” katanya di sini sebentar tadi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×