KUANTAN – Aktiviti memancing bertukar tragedi apabila seorang lelaki parah diserang seekor buaya di Sungai Belat, dekat Kampung Kurnia, Batu 3 di sini, kelmarin. Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu, mangsa, Hamid Mohd. Ismail, 42, difahamkan mengalami cedera parah di kepala dan badan selepas bergelut hampir setengah jam untuk menyelamatkan diri daripada haiwan buas itu. Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), Ahmad Azhar Mohammed berkata, mangsa…










